Setiap pelajar daripada mana-mana institusi pengajian awan/swasta layak untuk memohon menjalankan latihan industri di Felda Palm Industries Sdn Bhd.
Setiap pemohonan perlu dibuat melalui e-LI dan akan diproses oleh Unit Latihan FPISB. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dipatuhi untuk mengisi borang e-LI
Isikan borang yang telah disediakan.
Sediakan & muat naik lampiran dokumen sokongan seperti dibawah iaitu :-
Satu salinan surat permohonan daripada IPT.
Satu salinan resume pemohon.
Butiran yang lengkap sahaja yang akan diproses.
Permohonan yang diterima untuk menjalani Latihan Industri akan dimaklumkan melalui surat tawaran (Cetakan berkomputer). Pemohon bolehlah mencetak surat berkenaan dan dikehendaki membawa surat berkenaan ketempat latihan industri yang akan dijalankan.
Pelajar yang menolak tawaran menjalani latihan industri mestilah memaklumkan kepada pihak kami 2 minggu sebelum tarikh melapor diri .
Permohonan yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan dengan membuat permohonan semula.
Setiap pelajar hanya boleh membuat satu permohonan latihan industri pada satu-satu masa.
Setiap permohonan adalah tertakluk kepada keperluan syarat kesesuaian tempat permohonan latihan industri dan bilangan kuota pelajar latihan industri.
Sila hubungi tempat latihan industri yang dipohon untuk urusan penginapan (rujuk Direktori)